Portal Home > Knowledgebase > Web Hosting > Perbezaan antara Domain & Web Hosting


Perbezaan antara Domain & Web Hosting




Domain

Domain adalah alamat untuk sesebuah laman web.

Domain terdiri daripada nama dan extension tertentu seperti .com / .net / .my / .com.my dan lain-lain.

Gabungan kedua-duanya disebut = Nama Domain atau Domain Name.

Hosting

Web Hosting atau sering disebut Hosting adalah tempat menyimpan segala data sesebuah laman web. Data tersebut mungkin dalam bentuk teks, fail html, fail PHP, gambar, video, emel dan segala kandungan dalam laman web supaya boleh diakses oleh pengguna internet.

Website

Website atau Laman Web ialah dokumen berisi maklumat yang boleh diakses di Jaringan Sejagat (Worldwide Web) menggunakan pelayar web tertentu. Dokumen ini biasanya dihasilkan dalam bentuk HTML, XHTML atau PHP dan biasanya mempunyai pautan-pautan ke laman lain pula.

Laman web juga merupakan jaringan sejagat yang terdiri daripada koleksi fail dalam talian yang dipanggil tapak jaring atau homepage. Tapak jaring ini mengandungi pautan-pautan ke dokumen dan sumber maklumat yang terdapat di seluruh rangkaian internet.

Kesimpulannya Domain dan Hosting adalah dua komponen yang saling lengkap melengkapi bagi membangunkan sesebuah Website.

Domain = alamat

Hosting = stor simpanan

Website = data lengkap yang boleh diakses dalam talian

Harga Domain

Untuk senarai harga domain:

http://billing.klserver.net/client/domainchecker.php

Was this answer helpful?

Add to Favourites Add to Favourites    Print this Article Print this Article

Also Read
Apa itu cPanel? (Views: 2939)
Apa itu web hosting? (Views: 1991)