Portal Home > Knowledgebase > Domain > Tempoh aktif domain baru


Tempoh aktif domain baru




Bilakah domain boleh digunakan selepas ia berjaya didaftarkan (New Domain Registration)?

Ia adalah antara soalan paling popular dan kerap ditanya.

Secara asasnya ada dua tempoh berlainan.

1) International Domain

Iaitu domain popular yang berakhir dengan .com / .net / .org / .info / .biz dan lain-lain yang tidak beridentiti kepada mana-mana negara.

Biasanya International Domain tidak mengambil masa lama untuk aktif.

Walaupun ia biasa dirujuk kepada tempoh 24 hingga 72 jam, namun kebiasannya tempoh aktif adalah sekitar 10 ke 30 minit selepas ia berjaya didaftarkan.

2) Country Domain

Iaitu domain beridentiti sesuatu negara, cth Domain MYNIC (bagi identiti Malaysia).

Bagi domain MYNIC secara khusus, ia hanya diproses pada waktu bekerja pejabat kerajaan sahaja (8.00 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat).

Domain MYNIC tidak akan diproses di luar dari waktu pejabat kerajaan Malaysia (cth waktu malam, hari cuti hujung minggu, cuti umum dll).

Manakala tempoh aktif juga agak lama. Biasanya antara 8 hingga 12 jam selepas domain tersebut diapprove oleh agensi kerajaan yang menguruskan domain MYNIC.

Jika domain MYNIC disubmit pada sebelah malam hingga ke awal pagi, lazimnya ia akan aktif pada lewat petang atau di sebelah malamnya.

Was this answer helpful?

Add to Favourites Add to Favourites    Print this Article Print this Article

Also Read
Addon Domain (Views: 368)
Apa itu domain? (Views: 461)

Powered by WHMCompleteSolution