Pelanggan yang dihargai,

Mulai September 2016, bantuan teknikal tidak lagi diberikan bagi masalah skrip laman web selain Wordpress (termasuk pemindahan data dan perkara yang berkaitan skrip tersebut).

Jika pelanggan berdepan apa-apa masalah dengan skrip selain Wordpress sila merujuk kepada laman web rasmi skrip-skrip yang berkaitan untuk penyelesaian masalah.

KL Server Studio juga tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan laman web pelanggan akibat daripada penggunaan skrip, themes, dan plugins yang tidak dikemaskini (outdated scripts).

Sebagai pemilik website, pelanggan bertanggungjawab membuat backup sendiri untuk mengelakkan isu-isu seperti kehilangan data dan sebagainya.

Bagaimanapun pelanggan masih boleh mendapat bantuan teknikal berkait dengan isu akaun hosting, PHP extension dan lain-lain berkaitan.

Sila rujuk maklumat berikut untuk memahami skop tanggungjawab pelanggan (clients) dan penyedia hosting (hosting provider):

https://klserver.net/webhosting-packages/responsibility

Terima kasih.

Wednesday, September 14, 2016





« Back